Saturday, July 16, 2011

PROGRAM DMPNM TURUN PADANG KE MTD BUKIT BARU

Pada hari ini 16 Julai 2011-Sabtu :
MTD Bukit Baru bersama Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka telah berjaya mengadakan "Program Turun Padang" di lima UPU. Kerjasama penduduk kampung di setiap UPU menunjukkan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat (PR).

Gambar Atas:
Peserta program sedang mendengar taklimat daripada Penyelia 1 MTD Bukit Baru - Cikgu Yusof Wahab.


Gambar Bawah:
Pihak MTD dan Muslimat Negeri telah bermurah hati menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ibu dan juga Abang Yusof (duduk di kerusi roda) kerana membenarkan rumah beliau dijadikan tempat berhimpun peserta program. Dan juga sebagai tanda sempati kita kepada keluarga abang Yusof dan Ibunya kerana tidak mendapat apa-apa bantuan pun dari mana-mana agensi kerajaan yang memerintah walaupun keadaan beliau dan ibunya uzur. Sebelum ini abang Yusof menyara keluarganya dengan berniaga kueh di pasar malam tetapi setelah beliau ditimpa kemalangan pendapatan beliau sudah tidak menentu lagi. Dido'akan abang Yusof dan keluarga tabah menghadipi segala ujian dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment