Tuesday, September 20, 2011

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DI DUN BUKIT BARU

Pada 18 September 2011 - Ahad:
Majlis jamuan AidilFitri telah berjaya diadakan serta mendapat sambutan yang mengalakan dari seluruh penduduk Taman Saujana Indah Bukit Katil.
Majlis bermula jam 7.00 petang hingga jam 10.45 malam.

Saturday, July 16, 2011

PROGRAM DMPNM TURUN PADANG KE MTD BUKIT BARU

Pada hari ini 16 Julai 2011-Sabtu :
MTD Bukit Baru bersama Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka telah berjaya mengadakan "Program Turun Padang" di lima UPU. Kerjasama penduduk kampung di setiap UPU menunjukkan sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat (PR).

Gambar Atas:
Peserta program sedang mendengar taklimat daripada Penyelia 1 MTD Bukit Baru - Cikgu Yusof Wahab.


Gambar Bawah:
Pihak MTD dan Muslimat Negeri telah bermurah hati menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ibu dan juga Abang Yusof (duduk di kerusi roda) kerana membenarkan rumah beliau dijadikan tempat berhimpun peserta program. Dan juga sebagai tanda sempati kita kepada keluarga abang Yusof dan Ibunya kerana tidak mendapat apa-apa bantuan pun dari mana-mana agensi kerajaan yang memerintah walaupun keadaan beliau dan ibunya uzur. Sebelum ini abang Yusof menyara keluarganya dengan berniaga kueh di pasar malam tetapi setelah beliau ditimpa kemalangan pendapatan beliau sudah tidak menentu lagi. Dido'akan abang Yusof dan keluarga tabah menghadipi segala ujian dari Allah SWT.

Sunday, May 8, 2011

CERAMAH DR DZUL DI BUKIT BERUANG



Ceramah Ahli Parlimen Kuala Selangor dilangsungkan di UPU Bukit Beruang pada 7 Mei 2010. Beliau berceramah bersama-sama dengan Saudara Chin dari DAP dan Ketua Penerangan PAS Kawasaan Bukit Katil, Cikgu Yusof Wahab. Pada sebelah paginya Dr Dzul telah diundangkan untuk memberikan motivasi dan penerangan ringkas tentang strategi kemenangan PRU 13 di Pejabat PAS Kawasan di Bukit Katil

PROGRAM KESIHATAN DI UPU BUKIT BERUANG DAN KG KU SAYANG

 Program Khidmat Kesihatan di langsung di UPU Bukit Beruang dan Kg Ku Sayang pada 7 dan 8 Mei 2011. Kira-kira 20 buah rumah dilawati majoritinya rumah kaum Tionghua.

Monday, April 11, 2011

MENGENALPASTI PUNCA PENYAKIT JANTUNG

MTD Bukit Baru dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan suatu program ceramah kesihatan, "Bagaimana untuk kita kenalpasti punca-punca dan cara-cara untuk kita atasi masalah penyakit jantung". Ini adalah kerana pada masa kini penyakit ini adalah penyebab utama kematian di negara kita. Untuk itu kami mengharapkan semua ahli di semua peringkat agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama kita ketahui dangan lebih mendalam lagi berhubung dengan penyakit ini yang akan disampaikan oleh Dr.Khairul Salleh seorang pakar penyakit jantung-Jam 5.00 petang pada hari Sabtu 23 April 2011 di rumah Hj Md Arop b Hashim, No.44, Jln.Bayan 6, Tmn.Bukit Katil-Melaka. [RALAT]

Tuesday, January 25, 2011

SELEPAS TENANG KITA KE DUN MERLIMAU

azlan
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut.

Thursday, January 20, 2011

S'GOR BEBASKAN PEKERJA ISLAM DARI PREMIS ARAK.

Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 jutaJan 19, 11 2:09pmKerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.