Thursday, December 16, 2010

UMNO BERPOLITIK DI MASJID

Umno tanpa segan silu meletakkan bendera di Pagar Masjid Saidina sempena perasmian Masjid tersebut semalam. Mereka sering menuduh orang lain berpolitik di masjid tetapi merekalah sebenarnya yang berbuat demikian.

Sunday, November 21, 2010

CERAMAH PERDANA DAN SOLAT HAJAT 25 NOV
















PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Cawangan Bukit Katil dan MTD Bukit Baru akan mengadakan program ceramah Perdana dan Solat Hajat perdana pada 25 November di perkarangan Markaz PAS Bukit Katil pada hari Khamis malam Jumaat.

Program ini Insya Allah akan dipimpin oleh Ustaz Sidek Noor dari Perak. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

JOM TURUN PADANG DUN BUKIT BARU BERJAYA

Jom Turun Padang MTD Bukit Baru hari ini disifatkan berjaya apabila petugas PAS menziarahi semua Peti Undi di dalam DUN ini.

Penerimaan rakyat kepada PAS dilihat amat baik di mana semua petugas dilayan dengan baik dan mereka memberikan kerjasama kepada maklumat yang diperlukan oleh petugas-petugas PAS.

Program ini disifatkan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mencapaikan objektif yang ditetapkan oleh Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN).

Thursday, November 11, 2010

HUTANG MELAKA MENINGKAT : TUKAR KERAJAAN UNTK SELAMATKAN MELAKA

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 menunjukkan hutang negeri Melaka semakin meningkat. Hutang negeri Melaka pada tahun 2008 berjumlah RM441.76 juta meningkat kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab berkata peningkatan hutang kerajaan negeri Melaka menggambarkan kegagalan pimpinan kerajaan negeri menguruskan kewangan sehingga menyebabkan hutang semakin meningkat.

“Adalah dijangkakan hutang ini akan terus meningkat kerana tiada usaha yang serius dari kerajaan negeri untuk membayar hutang tersebut.
“Apa yang mereka pandai ialah terus meminjamd dan berhutang untuk membuat projek mega yang menguntungkan kroni dan suku sakat mereka.”kata Yusof

Yusof berkata terbukti sikap boros dan membazir kerajaan negeri menyebabkan negeri Melaka terus dibebani hutang yang semakin banyak.

“Jika begini cara dan stail pemerintahan kerajaan negeri di bawah BN tidak mustahil maka akan muflis suatu hari ini. Sebelum Melaka muflis cepat-cepatlah tukar kerajaan pada PRU 13 nanti.”
Beliau seterus menggesa kerajaan negeri supaya mengawal perbelanjaan kerajaan serta mengamalkan sikap berjimat cermat agar duit rakyat tidak dibazirkan seperti sebelum ini.
“Projek-projek yang tidak berdaya maju seperti pembesaran Lapangan Terbang Batu Berendam, Eye On Malaysia, Kincir Air dan lain-lain sepatutnya tidak dibuat kerana ia membazir”.
“Jadi kerajaan mesti menjalankan kajian terperinci sebelum membuat keputusan membina atau menjalankan projek-projek mega dan besar” ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Kati.

Tuesday, October 26, 2010

JAWATANKUASA BERTINDAK HALANG AMBIL TANAH ROBOH SURAU DIBENTUK

Jawatankuasa Bertindak Menghalang Pengambilan Tanah dan Perobohan Surau serta PASTI Bukit Katil telah ditubuhkan secara rasmi semalam di mana Penyelia DUN Bukit Baru Yusof Wahab telah dilantik sebagai Pengerusinya sementara Hj Mohd Yassin Abdul Ghani dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Jawatankuasa tersebut akan menyelaraskan program bagi menggesa kerajaan membatalkan hasrat mengambil tanah rakyat, surau dan Tadika PASTI di Jalan Dato Demang Hussein Bukit Katil.

Dalam kenyataanya awalnya Yusof Wahab berkata tindakan pihak berkuasa dilihat tidak logik kerana jika benar lorong tersebut hendak dibesarkan mengapa ianya tidak menggunakan tanah kosong disebelah kawasan tersebut yang tidak membabitkan perobohan Surau, PASTI dan rumah penduduk kampung. Malah jalan yang dibina di tanah kosong tersebut akan lebih lurus dan tidak bengkok sebagaimana cadangan sekarang".

"Malah jika benar jalan baru itu hendak dibina adalah lebih baik ianya dibina di atas tanah berhadapan dengan Klinik Desa Kg Bukit Katil kerana ianya tidak akan melibatkan rumah dan bangunan-bangunan lain seperti PASTI dan Surau. Sudah tentu pampasannya akan lebih rendah dan duit rakyat dapat dijimatkan"

"Perancangan ini seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan bangunan PASTI dan Surau yang telah lama dibina." kata Yusof dalam sidang akhbarnya di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru disini pagi ini.

Yusof berkata jawatankuasa yang ditubuhkan telah, sedang dan akan menjalankan beberapa aktiviti bagi memastikan pihak berkuasa membatalkan hasrat untuk mengambil tanah berkenaan.

"Pihak kami akan meneruskan program solat hajat dan bacaan Yassin dari masa ke semasa bagi memohon kepada Allah agar tanah, surau dan tadika penduduk kampung selamat di samping memohon Allah memberikan hukuman kepada sesiapa sahaja yang cuba menzalimi kami"

"Program Solat hajat dan bacan Yassin perdana juga akan kami adakan dengan menghimpunkan ulama'-ulama', penduduk yang dizalimi dan sesiapa sahaja yang simpati, Insya Allah doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T" tambah Yusof.

Menurutnya pihak jawatankuasa juga akan meminta pertolongan dari 40 ulama' Kelantan yang akan bermunajat di Mekah dalam isu royalti supaya turut sama mendoakan keselamatan tanah dan surau serta PASTI terbabit selain memohon agar sesiapa yang menzalimi mereka ditimpa dengan hukuman setimpal dari Allah.

Menurutnya pihak jawatankuasa juga akan melantik peguam bagi mewakili mereka untuk mengambil tindakan mahkamah menghalang pengambilan tanah dan perobohan surau dan Tadika PASTI terbabit.

"Tuan tanah dan ahli jawatankuasa Surau serta PASTI bertegas tidak mahu membenarkan tanah mereka diambil, surau serta PASTI dirobohkan, kerajaan seharusnya mendengar rayuan rakyat jika benar mereka mengamalkan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". kata Yusof.

Yusof juga berkata ADUN PR Kawasan Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong akan membawa usul berkaitan tanah ini di DUN Melaka yang akan bersidang November ini. Selain itu pihaknya juga akan menghubungi Ahli Parlimen PR untuk menyuarakan perkara sama pada Sidan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

Sementara itu seorang penduduk, Haji Jaya Mohamad, 63, berkata Tadika PASTI terbabit amat berjasa kepada masyarakat setempat kerana ia menjadi pusat pendidikan kanak-kanak pra-sekolah manakala Surau tersebut menjadi tempat menimba ilmu agama yang sentiasa mendapat sambutan penduduk setempat. Kelas-kelas pengajian agama hampir setiap malam di adakan di samping kuliah subuh dan juga lain-lain program kemasyarakatan sejak puluhan tahun lalu.

"Mengapa mereka sengaja hendak membuat jalan di kawasan itu sedangkan banyak tanah kosong lain yang tidak melibatkan bangunan dan jalan yang dibuat diatasnya lebih lurus serta wang pampasan lebih rendah"

"Jelas mereka sebenarnya busuk hati dan berdendam dengan kita, mereka sakit hati melihat surau dan pasti ini diimarahkan oleh penduduk setempat"

"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran" jelas Hj Jaya yang tanah anak-anaknya terlibat dengan pengambilan tersebut.

Tindakan pihak berkuasa yang dilihat sengaja memasukkan Bangunan PASTI dan Surau ini mengundang bantahan hebat dari penduduk setempat. Mereka berpendapat jika jalan tersebut dibina dengan tidak melalui tapak PASTI dan Surau jalan tersebut akan lebih lurus. Mengapa pula pihak berkuasa sengaja ingin membina jalan yang bengkok sedangkan jalan lurus lebih baik dan mudah.

Bantahan awal telah dizahirkan oleh penduduk setempat pada 31 Ogos lalu apabila kira-kira 150 orang penduduk berkumpul beramai-ramai di seberang jalan berhadapan masjid Bukit Katil menyatakan rasa tidak puas hati di samping mereka menyambut Hari Merdeka. Mereka menurunkan tandatangan masing-masing pada sebuah kain pemidang menyatakan rasa tidak puas hati tentang cadangan pihak berkuasa ini.

Bantahan aman kedua dan ketiga diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil 2 minggu lalu dan di hadapan Masjid Bukit Baru Jumaat lalu.

Tidak lama dahulu beberapa penduduk kampung telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam bagi menyampaikan bantahan awal. Dalam perjumpaan tersebut Ketua Menteri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak logik tentang pembinaan jalan tersebut.

Wednesday, October 20, 2010

PENYELIA DUN BUKIT BARU KELUAR HOSPITAL

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab yang ditahan di Wad Hospital Besar Melaka 2 hari lepas dibenarkan keluar Wad semalam. Jelas terpancar dari wajahnya kegembiraan teramat sangat kerana beliau boleh terus memberikan khidmat kepada rakyat.

Menurutnya sehari berada di wad bagaikan sebulan disebabkan dirinya tidak dapat bergerak menemui rakyat sebagaimana biasa.

Hari ini beliau telah memulakan tugas hariannya di DUN Bukit Baru dengan rutin hariannya memulakan tugas di Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Bukit Baru di Bukit Katil.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh sahabat rakan dan taulan yang menziarahi beliau.

Friday, October 8, 2010

JAMUAN RAYA DI TAMAN BUKIT KATIL MALAM INI

PAS Peti Undi Bukit Katil mengadakan jamuan hari raya di hari terakhir syawal malam ini di Taman Bukit Katil bermula jam 7.00 malam hingga 9.00 malam.

Seluruh penduduk di parlimen Bukit Katil dijemput hadir.

Beberapa orang pimpinan PR termasuk ADUN PR dijemput.

Wednesday, October 6, 2010

JAMUAN HARI RAYA UPU BUKIT KATIL JUMAAT INI

Seluruh penduduk khasnya di sekitar Peti Undi Bukit Katil dijemput untuk menghadiri jamuan Aidil Fitri anjuran PAS UPU Bukit Katil Jumaat ini bermula jam 7.00 - 9.00 malam bertempat di Taman Bukit Katil.

Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat dijemput untuk memeriah dan meraikan penduduk setempat yang hadir pada program tersebut.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab berkata program ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara PAS dan penduduk setempat.

Sebelum ini MTD Bukit Baru telah mengadakan program Jamuan Hari Raya di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil dan Peti Undi Taman Tun Rahah.

Monday, October 4, 2010

MUHYIDDIN MESTI MINTA MAAF

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab menggesa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana beliau secara jelas menipu rakyat Malaysia dengan mendakwa bahawa Tengku Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Galas bagi partinya Umno.
"Siang-siang lagi Muhyiddin mendakwa Ku Li telah bersetuju walhal tuan empunya badan tidak pernah memberikan persetujuan."

"Hari ini tembelang Muhyiddin terbongkar apabila Ku Li menyatakan pendiriannya di dalam laman twitter peribadinya. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa belum memberikan keputusan samada menerima atau menolak perlantikan itu." ujar Yusof
Yusof berkata ternyata Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ini seorang yang menipu dan kaki temberang. Rakyat sepatutnya melihat perkara ini sebagai amat serius kerana integriti dan maruahnya jelas tercalar kerana sanggup menipu dan membuat temberang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dibuat di Pusat Aduan Rakyat, DUN Bukit Baru di sini pagi ini.

"Saya mengharapkan Muhyiddin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menipu kita semua"

"Sebagai rakyat saya dan seluruh rakyat Malaysia sangat malu kerana pemimpin nombor dua negara kita sanggup menipu dan membohongi kita semua semata-mata untuk tujuan politik partinya" tambah Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau telah bersetuju dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas. Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin

100 ORANG PENDUDUK TIONGHUA HADIRI JAMUAN AIDIL FITRI

Kira-kira 100 orang penduduk Tionghua Peti Undi Taman Tun Rahah hadir pada program Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Peti Undi Taman Tun Rahah petang semalam. Program yang dijalankan di Bilik Gerakan MTD Bukit Baru, Taman Puncak tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga semua juadah yang disediakan habis sebelum program berakhir pada jam 9.00 malam.

Program tersebut pada jam 7.00 malam dengan acara pertama adalah ucapan ringkas dari Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dan 2 ADUN DAP iaitu YB Lim Jak Wong (ADUN Bachang) dan YB Khoo Poay Tiong (ADUN Ayer Keroh).

Dalam ucapannya, Yusof melahirkan kegembiraan kerana kesudian semua lapisan masyarakat di kawasan Taman Tun Rahah mengunjungi rumah terbuka PAS. Ini menunjukkan bahawa PAS semakin mendapat tempat di hati penduduk setempat.

Tuesday, September 28, 2010

MTD BUKIT BARU JADIKAN GALAS MEDAN UJIAN

Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru akan menjadikan PRK Galas sebagai medan ujian untuk mempraktikkan ilmu pilihanraya yang diperolehi dalam siri kursus-kursus pilihanraya sebelum ini.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab berkata jentera MTD Bukit Baru akan membantu jentera PAS di Galas semaksima mungkin.

"Kami akan jadikan Galas sebagai medan ujian dan latihan, kami bertekad untuk turun habis-habisan bagi membantu PAS menambah majoriti di sana".

"Jentera kami sudah bersiap sedia untuk turun sebaik sahaja mendapat arahan dari pihak pimpinan Pusat, Negeri dan Kawasan" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Friday, September 24, 2010

PENYELIA DUN BUKIT BARU DALAM MALAYSIAKINI HARI INI

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam diingatkan supaya belajar dari kesilapan dahulu sebelum meneruskan cadangannya untuk membeli sebuah roda gergasi baru dari Cina yang berharga RM7 juta.

Ketua Penerangan PAS Bukit Katil Melaka, Yusof Wahab berkata kerajaan negeri sepatutnya belajar dari kesilapan dahulu di mana Eye On Malaysia yang dibawa dari Kuala Lumpur akhirnya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

"Sudahlah ia membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengulangi kesilapan lalu dengan membeli sebuah lagi Eye On baru?

"Eye on Malaysia yang terletak bersebelahan tapak projek Marina Melaka, di muara Sungai Melaka hari ini benar-benar berserabut dan mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut. Ia kini bagaikan tapak pembinaan usang dengan sisa sampah dan kayu bertaburan di sana sini." kata Yusof dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya membelanjakan wang jutaan ringgit berkenaan bagi program-program yang memberikan manfaat kepada rakyat seperti program mengatasi masalah banjir; program meningkatkan kesedaran Islam di kalangan rakyat; program pendidikan dan sebagainya.

Menyakitkan mata

Beliau juga kesal dengan sikap lepas tangan kerajaan negeri yang membiarkan kawasan Eye On Malaysia menjadi tidak terurus dan menyakitkan mata.

Semalam media melaporkan bahawa khemah peniaga yang di kawasan tersebut semakin mereput sehingga menunggu masa sahaja untuk menyembah bumi. Pokok-pokok tumbuh meliar di celah-celah longkang di sana-sini.

Yusof juga berkata Eye On Malaysia yang sejak dari mula lagi didakwa akan menjadi gajah putih benar-benar memahatkan rasa sakit dan pedih di hati rakyat kerana bukan sahaja duit rakyat hangus begitu sahaja malah kini menjadi 'biawak hidup' yang membebankan mata rakyat untuk melihatnya.

Pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan syarikat Belgium, Fitraco NV, yang membekalkan buaian gergasi 'Eye On Malaysia', memasuki satu kawasan di Melaka dan memindah keluar buaian itu.

Hadapi pelbagai masalah

Pada 15 Sept, 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu telah dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Roda gergasi yang bertujuan untuk menarik perlancong ke negeri Melaka itu telah disita pada 7 Jan lalu dan operasinya terpaksa diberhentikan serta-merta.

Laporan Malaysiakini

Thursday, September 23, 2010

PENYELIA DUN BUKIT BARU DALAM MALAYSIAKINI & HARAKAHDAILY- EDARAN KUIH BULAN

Laporan Malaysiakini

PAS mengorak langkah mendekati pengundi bukan Melayu dengan menggerakkan tenaga pemudanya di Melaka bersama-sama kepimpinan pemuda Pakatan Rakyat bagi memperingati semangat 'perayaan kuih bulan' dengan mengagihkan 600 biji kuih bulan.

Program yang berlangsung kelmarin itu dianjurkan oleh lajnah perpaduan nasional Dewan Pemuda Pas diketuai oleh Khairul Che Salleh dengan kerjasama majlis tindakan DUN PAS Bukit Baru, DAP dan PKR.

Program yang bertemakan 'Rakyat Memimpin Perubahan' - melibatkan 6 DUN iaitu Bukit Baru, Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Ayer Molek dan Kuala Linggi.

Pada program ini kira-kira 300 biji kuih bulan diedarkan di sekitar pekan Bukit Baru dengan mengunjungi restoran, kedai-kedai, pasar awam, dan taman perumahan.

Turut hadir pada program ini antaranya adalah ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong, exco lajnah kebajikan pemuda PAS Shahril Azam, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Jauhar Md Dawi dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Sementara itu, Khairul dalam kenyataannya berkata program mengedarkan kuih bulan ini adalah program tahunan yang dijalankan oleh dewan itu kerana ia sentiasa mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Cina seluruh negeri Melaka.

"Kita akan meneruskan program ini pada masa akan datang kerana ia terbukti dapat mengeratkan hubungan PAS, DAP, PKR dengan masyarakat Tionghua," tambah Khairul.

Manakala Shamsul Iskandar pula menegaskan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP ini berjaya menunjukkan kemuafakatan dalam Pakatan Rakyat walaupun Pesta Tanglung atau Pesta Kuih Bulan yang lebih sinonim dengan masyarakat Cina.

Khoo pula berkata bentuk bulat pada kuih bulan melambangkan meja bulat yang sinonim dengan perbincangan bagi mendapatkan kata sepakat dalam membuat keputusan dan perkara yang sama perlu dibuat sekarang untuk meruntuhkan kerajaan BN.

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab pula berkata semangat ini adalah rentetan daripada revolusi yang muncul ketika rakyat China pada Dinasti Ming bangkit menggulingkan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Kerajaan Monggol terhadap orang Cina.

Wednesday, September 22, 2010

KENYATAAN YDP PAS KAWASAN TENTANG MELAKA MAJU 2010

Tidak lama lagi kerajaan negeri Melaka akan mengisytiharkan negeri Hang Tuah ini sebagai negeri maju. Khabarnya ia akan diisytiharkan secara rasmi pada jam 8.10 minit malam ( 20.10) pada 20 haribulan 10 (Oktober) tahun 2010 atau ringkasnya 20:10, 20.10.2010. Cantik sekali nombor tersebut sesuai dengan anugerah sebagai sebuah negeri maju.

Sebagai salah seorang rakyat yang tinggal di negeri Melaka saya tidak ketinggalan berasa syukur dengan pengumuman bahawa negeri ini adalah negeri maju jika ia benar-benar maju dari semua segi samada fizikal atau spiritual. Cuma masalahnya benarkah negeri ini maju dari semua segi.??

Cuba kita teliti statistik jenayah, gejala zina, kelahiran anak luar nikah, bilangan kelab malam, pusat pelacuran, Spa dan program-program maksiat, adakah ianya benar-benar menggambarkan negeri Melaka sebagai sebuah negeri maju dari semua segi?

Seterusnya mari kita teliti program dan aktiviti keIslaman di masjid dan surau di seluruh negeri Melaka, apakah benar ianya diimarahkan dengan sebaik-baiknya sehingga ia boleh diklasifikasikan sebagai institusi di sebuah negeri yang dikatakan maju.

Bagaimana pula dengan institusi-institusi seperti JKKK, Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Masjid/Surau dan sebagainya, apakah pemilihan dan perlantikannya dibuat secara demokratik tanpa ada diskriminasi dan atas kepentingan diri dan politik. Apakah ianya benar-benar layak digelar sebagai sebuah pentadbiran yang telus yang sesuai dan layak duduk di bawah pemerintahan negeri maju.

Apa pula halnya dengan minda pemimpin kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain. Apakah mereka benar-benar adil dan tidak mengamalkan kronisme, nepotisme sehingga layak di gelar pemimpin negeri maju.?

Bagaimana dengan rakyat yang menyokong parti-parti politik yang sah selain dari komponen BN, adakah mereka ini dilayan sama seperti penyokong BN dengan mendapat layanan saksama dari segi peluang perniagaan, memegang jawatan di agensi-agensi kerajaan negeri, jawatan dalam institusi-institusi masyarakat seperti JKKK, JK masjid/surau, persatuan taman/penduduk dan sebagainya. Sedangkan kita masih mendengar rungutan parti-parti politik bahawa banner/poster program mereka dikoyak dan direntap oleh pihak-pihak yang kita semua tahu siapa dibelakangnya. Ceramah-ceramah mereka juga diganggu. Apakah ini standard minda pemimpin negeri maju??

Bagaimana dengan rungutan parti-parti komponen PR yang sering dianaktirikan dari segi penggunaan fasiliti awam seperi balai raya, padang permainan dan sebagainya, hendak menyewa pun tidak dibenarkan. Apakah sesebuah negeri dikatakan maju tetapi mengamalkan system pentadbiran kolot dan tidak bertamadun yang masih mengamalkan politik dendam. Cuba bandingkan dengan system yang diamalkan oleh negeri maju di seluruh dunia apakah cara politik sebegini diamalkan oleh mereka.

Rungutan tentang masalah banjir masih belum padam. Setiap kali hujan lebat rakyat di negeri ini berada dalam keadaan trauma kerana takutkan banjir. Layakkan sesebuah negeri dikatakan maju sedangkan masalah perparitan, taliair dan sebagainya masih juga belum beres.

Seperkara ini yang saya pinta kepada kerajaan negeri, sila keluarkan laporan terperinci INDEK dan INDIKATOR yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengukur status samada negeri benar-benar maju. Apa indek/indicatornya dan apa status yang dicapai oleh kerajaan negeri sekarang. Serta dari mana indeks/indicator ini diperolehi adakah ianya direka atau dimanipulasi sendiri oleh kerajaan negeri tanpa ada badan bebas yang bertauliah/berautoriti membuat audit/penilaian samada ianya benar-benar telus dan diterimapakai oleh badan akreditasi dunia.

Sofi Wahab
YDP PAS Kawasan Bukit Katil

Thursday, September 9, 2010

Penyelia DUN rayu traffic light dipadamkan

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab merayu pihak berkuasa memadamkan 'traffic light' di hadapan masjid daerah Bukit Katil Masjid Saidina Ali dipadamkan kecuali pada hari Jumaat dari jam 12.30 - 2.15 ptg. Ini kerana pada waktu selain hari Jumaat tidak banyak kereta yang datang dari kiri kanan jalan.

Penyelia DUN Bkt Baru edar Kad Raya

Setelah mengedarkan juadah berbuka di sepanjang Ramadhan hari ini dan semalam Penyelia DUN Bukit Baru Cikgu Yusof Wahab turun padang mengedarkan Kad Ucapan Hari Raya kepada rakyat di sekitar DUN Bukit Baru. Sejumlah 1500 keping Kad Raya diedarkan oleh beliau dengan bantuan MTD Bukit Baru.

Seorang penduduk Kg Telok Bukit Katil, Jaafar Che Mat, 47 berkata ini adalah julung kali Kad Raya sebegini dihantar oleh pemimpin politik. Sebagai rakyat kami amat berbangga dengan kesudian Yusof mengedarkan kad tersebut.

'Kami sememangnya mengharapkan pemimpin tidak kira parti mana supaya turun padang melihat keadaan rakyat' ujar Jaafar.

Wednesday, September 8, 2010

Penyelia turun padang sampaikan bantuan di Bkt Katil

Penyelia Dun Bukit Baru Cikgu Yusof Wahab semalam menyampaikan bantuan Hari Raya kepada beberapa keluarga di Kampung Bukit Katil. Beberapa penerima yang ditemui melahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan PAS khususnya Penyelia Dun Bukit Baru.

Sementara itu MTD Bukit Baru mula mengedarkan kad Hari Raya kepada semua Peti Undi hari ini. Kad Hari Raya Penyelia ini akan mendekatkan PAS dan rakyat setempat:

Sunday, September 5, 2010

PUSAT ADUAN DIRASMIKAN OLEH USTAZ NASHARUDDIN

Pusat Aduan Rakyat MTD Bukit Baru dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum berbuka puasa petang tadi.

Pusat Aduan ini akan dijadikan pusat khidmat masyarakat bagi menerima aduan rakyat atas apa juga permasalahan di kalangan masyarakat.

Antara pimpinan PR yang hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San, ADUN Bachang YB Lim Jak Wong dan pimpinan PAS Negeri dan kawasan.

PENYELIA DUN SAMPAIKAN BANTUAN FAKIR MISKIN

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil, Dr Khatijah Jumangat menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan orang miskin di sekitar DUN Bukit Baru semalam.

Antara penerima bantuan tersebut Joyah Ujang, 65 tahun dari Bukit Pulau, Rokiah Hussien, 64 tahun dari Paya Ikan dan beberapa penerima lain Bukit Beruang.

Program bantuan fakir miskin dan ibu tunggal anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil ini adalah program tahunan DMPK Bukit Katil. Kira-kira 100 keluarga dari seluruh Parlimen Bukit Katil menerima bantuan dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.Program penyerahan bantuan semalam turut disertai oleh AJK PAS Kawasan, Md Yani Ismail dan AJK MTD Bukit Baru iaitu Md Zen Mangkuta, Md Jas Abdul Rahman dan Robiah Mohammad.

Friday, September 3, 2010

TINDAKAN ZALIM TANDA BN AKAN JATUH

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab berkata hasrat pihak berkuasa ingin merobohkan PASTI Jaya Insan dan Surau merupakan tindakan zalim dan ianya menjadi kemuncak kepada kezaliman mereka.

"Biasanya bila sesebuah kerajaan yang berada di kemuncak dan hampir tumbang mereka akan mejalankan kerja-kerja yang amat zalim tanpa mengira bantahan dan rayuan rakyat".

"Bangunan PASTI dan Surau tersebut di mana hasil dari wakaf dan duit orang ramai malah ianya juga dibina di atas air mata rakyat mahu melihat ilmu Islam berkembang maju" jelas Cikgu Yusof.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil itu juga berkata sudah sampai masanya bagi sebuah kerajaan Zalim diajar oleh rakyat pada PRU ke 13 akan datang.

"Rakyat khasnya di Bukit Katil akan membuka mata dengan tindakan rakus dan zalim ini, dan mereka akan bangkit menolak BN"

"PAS akan menentang tindakan zalim ini habis-habisan dengan pelbagai saluran, bagi memastikan institusi pendidikan Islam ini dipertahankan" tambah Yusof ketika ditemui di Pejabat Pusat Aduan DUN Bukit Baru pagi ini.

Thursday, September 2, 2010

GAMBAR-GAMBAR SAMBUTAN MERDEKA
































Ini adalah gambar-gambar sambutan kemerdekaan PAS Bukit Katil 31 Ogos lalu.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN JADI ACARA TAHUNAN

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab(gambar) berkata program sambutan Hari Kemerdekaan akan menjadi acara tahunan PAS Kawasan Bukit Katil.

"Acara sambutan ini kita akan masukkan dalam kalendar tahunan kita bagi menunjukkan bahawa kita benar-benar mahukan sebuah kemerdekaan hakiki bukannya kemerdekaan separuh masak"

"Tidak ada gunakan merdeka kalau rakyat masih dibelenggu dengan pelbagai perkara" kata Yusof.

Sementara itu Yusof juga berkata MTD Bukit Baru akan mempergiatkan lagi program mendekati rakyat bermula dari sekarang sehinggalah hari pilihanraya nanti.

"Kita benar-benar serius ingin membebaskan DUN Bukit Baru dari cengkaman BN yang bermaharajalela sejak lebih dari 50 tahun dahulu".

"Rakyat mesti disedarkan dari masa ke semasa tentang perkara ini" ujar Yusof.

Wednesday, September 1, 2010

SAMBUTAN HARI MERDEKA DI BUKIT KATIL BERJAYA

Program menyambut kemerdekaan anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di hadapan Pejabat PAS Kawasan dan Masjid Bukit Katil disifatkan berjaya kerana kira-kira 100 ahli dan penyokong tampil berbaris di sepanjang jalan.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab berkata program julung kali itu akan dijadikan acara rutin tahunan PAS Kawasan sebagai usaha untuk menyedarkan rakyat erti kemerdekaan sebenar yang dituntut oleh Islam.

"Kita tidak kemerdekaan separuh masak yang sedang berlaku ke atas rakyat negara kita dan Malaysia sendiri".

"Rakyat masih belum merdeka lantaran mereka masih dikongkong dari politik dan sistem sosial".

Menurut Yusof, rakyat yang menyokong PR terus dimusuhi dan dipandang seolah-olah seperti rakyat kelas ketiga apabila mereka dinafikan untuk berpolitik secara telus dan terbuka.

Yusof berkata ramai di kalangan rakyat yang menyokong PR dianaktirikan dari segi bantuan, hak berhimpun, hak untuk menjawat jawatan tertentu di dalam perkhidmatan awam dan institusi masyarakat dan sebagainya.

"Apakah ini yang dikatakan merdeka dalam erti kata sebenar".

Thursday, August 26, 2010

PERASMIAN PUSAT ADUAN DAN CERAMAH PERDANA 5 SEPT

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan program berbuka perdana dan Ceramah Perdana Badar Al Qubra pada 5 September ini bermula jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Program tersebut akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini berkata tetamu istimewa akan turut sama memeriahkan program ini ialah Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok Kelantan. Pimpinan PAS, PKR dan DAP negeri Melaka juga dijemput untuk memeriahkan program ini.

"Program tersebut dimulakan dengan iftar Ramadhan (berbuka puasa) bermula jam 7.00 malam diikuti dengan solat Maghrib berjemaah dan seterus solat Isyak dan Tarawikh. Selepas Solat Tarawikh ceramah Perdana Badar Al Qubra akan disampaikan oleh Ustaz Nasaruddin."

"Pihak Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil menjemput seluruh rakyat negeri Melaka untuk hadir pada majlis berbuka puasa perdana ini." tambah Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat membuat amal kebajikan pihak penganjur menyediakan kad-kad derma untuk program berbuka puasa tersebut dengan kadar RM10.00 seorang. Kad-kad ini boleh diperolehi melalui talian 013-2186886. Ianya juga boleh diperolehi pada hari program tersebut.

Selain majlis berbuka dan ceramah perdana tersebut, suatu program yang tidak kurang pentingnya ialah majlis perasmian Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Bukit Baru, Parlimen Bukit Katil yang akan disempurnakan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebelum program ceramah perdana tersebut

Monday, August 23, 2010

PROGRAM ZIARAH DITERUSKAN DENGAN BERJAYA

Semalam 22 Ogos, sekali lagi MTD Bukit Baru berjaya mengadakan program ziarah sambil menghulurkan juadah berbuka puasa di beberapa tempat di sekitar DUN Bukit Baru. Sambutan rakyat amat menggalakkan seperti sebelum ini.

Beberapa orang penduduk setempat yang ditemui terkejut dengan kedatangan petugas MTD yang menghulurkan juadah kepada mereka. Walaupun juadah tersebut tidak seberapa tetapi dari raut wajah mereka kelihatan mereka amat menghargainya.

'Ada yang mendoakan kami murah rezeki dan mendapat balasan baik dari Allah" ujar salah seorang petugas yang tidak mahu namanya disiarkan.

'Ini dari mana ini, susah-susah datang bagi kuih kepada kami" tanya seorang mak cik kepada petugas kami.

Sementara itu Bendahari MTD Bukit Baru, Haji Jaya Mohamad mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersedekah untuk menjayakan program ini Ziarah ini untuk masa akan datang.

'Kita akan teruskan lagi program ini selama 3 kali lagi di beberapa tempat lain, jadi sesiapa yang ingin bersedekah atau infak duit dan kuih muih boleh hubungi saya atau pejabat MTD di talian 013-6262823' ujar Hj Jaya.

Thursday, August 19, 2010

AL FATIHAH : IBU SAUDARA SDR MD ZEN MENINGGAL DUNIA

Ibu saudara Setiausaha Kerja MTD Bukit Baru merangkap Pegawai Pusat Aduan DUN Bukit Baru, Md Zen AFP Mangkuta meninggal dunia hari ini. Beliau yang tinggal di Kampung Bukit Pulau merupakan seorang yang penyayang dan sangat cintakan perjuangan Islam.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan pada jam 10.00 pagi tadi Tanah Perkuburan berdekatan.

Pusat Aduan DUN Bukit Baru menerima berita sedih sejak awal pagi tadi. Penyelia DUN Cikgu Yusof Wahab dan beberapa AJK MTD Bukit Baru bergegas melawat jenazah Allahyarhan di Bukit Pulau.

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan roh para Anbia, Solihin dan Syuhada. Al Fatihah.

PENGUNDI MELAYU MULA BERUBAH

Setelah dimomok-momokkan dengan pelbagai fitnah dan serangan kepada PR dengan pelbagai isu seperti PR meminggirkan melayu, DAP mendominasi PR, PR anti Melayu, anti Islam dan sebagainya kini orang Melayu mula sedar bahawa semua itu hanyalah omongan kosong pihak-pihak tertentu sahaja.

Rakyat semakin sedar bahawa semua serangan itu adalah fitnah dan rekaan semata-mata. Hakikatnya terbukti apabila kerajaan-kerajaan negeri PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor berjaya mentadbir negeri masing-masing dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada kaum dianaktirikan, tiada rumah-rumah ibadat dirobohkan, tiada kronisme dan rasuah, tiada pembaziran dan yang lebih penting program kebajikan dan kesejahteraan rakyat berjalan dengan sangat baik.

Program seperti takaful warga emas/kifaalah, air percuma, bantuan kepada rakyat miskin, ibu tunggal, pelajar, pekerja ladang, elaun untuk para Hafiz/Hafizah dan sebagainya terus dipertingkatkan. Elaun-elaun Imam, guru KAFA, pegawai-pegawai masjid dinaikkan.

Sekolah-sekolah agama yang dianaktirikan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini dibantu dengan penyaluran wang bantuan khususnya untuk Sekolah-sekolah ini. Sebagai contoh di Selangor kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM6juta untuk sekolah agama.

Tidak syak lagi kerajaan PR jauh lebih baik dari kerajaan sebelum ini.

Wednesday, August 18, 2010

MTD BUKIT BARU TERUS SANTUNI RAKYAT

Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru akan meneruskan program ziarah sambil menghulurkan kuih muih berbuka puasa pada minggu ini dan minggu seterusnya. Program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sehingga ke akhir Ramadhan.

Setakat ini MTD Bukit Baru telah mengadakan program ini di Peti Undi Bukit Katil di mana sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat amat memberangsangkan.

"Kita mahu bertemu dan menziarahi masyarakat setempat di sambil bertanya khabar dan mengucapkan selamat berpuasa".

"Kunjungan kita disambut dengan mesra oleh rakan-rakan kita di Bukit Katil dan Insya Allah hubungan silaturrahim ini akan berkekalan sampai bila-bila" kata Yusof Wahab yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.

Yusof berkata walaupun sumbangan ini tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting ialah hubungan rapat anatara PAS dan masyarakat setempat di samping mereka juga dapat menyampaikan aduan dan keluhan mereka kepada kita.

"Kalau sebelum ini kita jarang bertemu dan mendengar aduan mereka, kini dengan tertubuhnya Pusat Aduan RAkyat DUN Bukit Baru, kita akan sedaya upaya membantu mereka" ujar Yusof kepada blog ini hari ini.

Sunday, August 15, 2010

PENYELIA DUN BUKIT BARU SANTUNI RAKYAT

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab(gambar) dan beberapa orang petugas MTD Bukit Baru turun padang bertemu rakyat bagi menyampaikan ucapan Selamat Berpuasa dan menghulurkan juadah berbuka puasa di Kampung Bukit Katil dan Bukit Bayan semalam. Antara pimpinan lain yang bersama dengan Cikgu Yusof ialah YDP PAS Kawasan, Ketua Pemuda serta beberapa AJK MTD Bukit Baru dan UPU Bukit Katil.

Program sejam itu berlangsung dalam suasana mesra di mana penduduk setempat melahirkan rasa gembira dengan kesudian Penyelia DUN datang sendiri ke rumah mereka bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka.

Seorang petugas pemuda, Johar Dawam berkata jelas sekali penduduk setempat gembira dengan kunjungan mereka dan terkejut dengan kedatangan kami kerana sebelum ini program sebegini jarang dilakukan oleh PAS di sini.

"Terima kasihlah kerana sudi beri kuih ini pada mak cik".

"Mak Cik pun tak kenal anak ni, PAS oh ya PAS" kata seorang mak cik di Kampung Bukit Bayan" kata Johar ketika ditemui semasa program tersebut.Sementara itu Cikgu Yusof berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi bertemu rakyat bagi menyelami masalah dan apa juga isu setempat.

"Kita akan teruskan program sebegini di semua tempat, tanpa mengenal penat dan lelah" ujar Cikgu Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Gambar : Johar sedang mengunjungi salah sebuah rumah di Bukit Bayan.

Friday, August 6, 2010

MTD BUKIT BARU AKAN BUKA PUSAT ADUAN RAKYAT (PAR)

Majlis Tindakan DUN Bukit Baru akan membuka Pusat Aduan Rakyat (PAR) di kawasan DUN tersebut dalam jangkamasa terdekat. Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab berkata PAR tersebut akan dibuka dalam bulan Puasa ini juga.

Antara lain PAR ini akan menjadi One Stop Centre untuk rakyat mengadu hal dalam apa juga urusan yang melibatkan kebajikan dan lain-lain masalah. PAR ini juga akan menjadi Pusat Maklumat setempat untuk rakyat khususnya DUN Bukit Baru dan Kawasan Bukit Katil.

'Pusat ini sekarang dalam proses pembinaan dan 'renovation' ia akan siap dalam jangkamasa seminggu dua ini'.

'Kita telahpun melantik seorang petugas sepenuh masa bagi menguruskan Pusat ini" tambah Yusof.

Beliau juga berkata PAR ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada awal September ini.

Saturday, July 24, 2010

PENYOKONG PAS DIZALIMI

Tuan rumah kepada program aura pulut kuning anjuran MTD Bukit Baru baru-baru ini telah diberikan surat tunjuk sebab oleh majikan beliau.

Sebaik sahaja program tersebut berakhir tuan rumah program tersebut dihubungi oleh ketuanya di mana beliau diminta mengadap ketuanya atas alasan merenggangkan hubungan majikannya dengan kerajaan negeri Melaka.

Penyelia DUN MTD, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya baru-baru melahirkan rasa kesal diatas tindakan majikan tersebut yang ternyata bertindak diluar batasan demokrasi dan undang-undang negara. Sepatutnya rakyat diberikan kebebasan untuk bergiat di dalam politik sebagai seorang rakyat yang merdeka

Friday, July 23, 2010

CERAMAH ABANG MAT 30 JULAI DIJANGKA HANGAT

Ceramah Hj Mohd Sabu yang akan diadakan pada 30 Julai di Markas PAS Bukit Baru di hadapan Flat Sri Siantan Bukit Baru dijangka hangat. Ini kerana dijangkakan Ketua Menteri 'budak-budak' akan sekali lagi mengganggu ceramah tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh mereka di Bukit Baru dan Bukit Pulau baru-baru ini.

Tindakan kebudak-budakan ini sudah tentu akan dilakukan sekali lagi kerana ianya sudah menjadi sifat semula jadi mereka yang sentiasa dengki dan hasad kepada perjuangan Islam ini.

Mohd Sabu dijangka akan menyentuh beberapa isu seperti isu kenaikan harga minyak, isu Gaza, isu pasir, isu perpaduan dan lain-lain.

JAMUAN RAKYAT DI TAMAN HARTA PERTAMA

MTD Bukit Baru menjemput seluruh rakyat Tionghua di DUN Bukit Baru khasnya di sekitar Pekan Bukit Baru, Taman Harta Pertama, Paya Ikan, Bukit Pulau dan Bukit Baru Dalam untuk hadir dalam Program Jamuan Rakyat akan diadakan esok 24 Julai 2010 pada jam 6.30 petang.

Tetamu program tersebut adalah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw dan pimpinan PR Melaka. Program tersebut dilangsungkan di sebatang jalan berhadapan masjid Bukit Baru.

Antara menu utama yang disediakan nanti ialah Satay dan lain-lain.

Saturday, July 10, 2010

PROGRAM PADAT HARI INI, PENYELIA LAWAT UPU

Hari ini MTD Bukit Baru meneruskan programnya dengan beberapa program penting seperti lawatan ke UPU Padang Jambu, Bukit Pulau serta Kg Ku Sayang.

Bermula jam 9.00 pagi tadi pimpinan MTD Bukit Baru melawat UPU Padang Jambu di mana satu taklimat penting disampaikan oleh wakil UPU Padang Jambu bertempat di Bilik Gerakan Padang Jambu.

Selepas itu kira-kira jam 11.00 pagi pimpinan MTD Bukit Baru meninjau persiapan terakhir ceramah penerangan anjuran MTD dan UPU Bukit Pulau bermula jam 9.00 malam ini bertempat di Pejabat PAS/UPU Bukit Pulau. Ceramah tersebut disampaikan oleh YB Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor; Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Aturcara akhir program hari ini ialah lawatan ke UPU Kg Ku Sayang iaitu di Taman Harta Pertama meninjau tapak beberapa program yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Gambar : Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab sedang mendengar aduan dan rungutan penduduk setempat pagi tadi.

Sunday, July 4, 2010

KESAL KETUA MENTERI TIDAK MATANG

Ramai pengundi DUN Bukit Baru kesal dengan sikap Wakil Rakyat mereka Mohd Ali Rustam yang tidak matang dan berperangai kebudak-budakan dengan mengganggu ceramah PAS pada 29 Jun lalu.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka, mengulangi perangai lamanya yang suka mengannggu ceramah PAS dengan mengadakan ceramah Umno secara tiba-tiba bersebelahan dengan ceramah PAS iaitu kira-kira 50 - 100 meter sahaja jaraknya.

Ini menjadikan ceramah tersebut kelam kabut di mana suara Mohd Ali menganggu ceramah PAS yang disampaikan oleh YB Khoo Poay Tiong, Mustafa Kamil Ayub (PKR) dan YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS).

Sikap Mohd Ali dan kuncu-kuncunya benar-benar membuktikan mereka tidak berprofessional, kebudak-budakan dan berpolitik secara tidak matanng.

Seorang penduduk Bukit Baru Anuar Abdullah berkata sikap Mohd Ali nampaknya tidak berubah sebagaimana yang pernah beliau lakukan pada tahun 2004 dahalu dengan mengacau ceramah PAS termasuk ceramah Presiden PAS di Hamas, Jasin.

Azmi Abdullah dari Padang Jambu pula kesal dengan sikap Mohd Ali yang sepatutnya bertindak matang dan professional.

'Takkan seorang Ketua Menteri berperangai macam-macam budak, setelah kalah berlawan mengejek-ngejek kawannya yang menang'. kata Azmi yang menyamakan tindakan bagaikan budak-budak yang kalah bermain.

SIRI PENERANGAN DITERUSKAN

MTD Bukit Baru akan meneruskan siri Ceramah penerangan isu semasa di 3 peti undi berasingan dalam bulan Julai dan awal Ogos ini.

Siri ceramah tersebut ialah pada 10 Julai di Pejabat PAS Bukit Pulau, Bukit Baru di mana penceramahnya ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Iskandar Abdul Samad dan Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua AMK Pusat.

Manakala pada 30 Julai pula, Haji Mohd Sabu akan berceramah di Pejabat PAS Bukit Baru Dalam berhadapan dengan Flat Sri Siantan.

Sementara itu Bendahari PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli akan berceramah di Pejabat PAS Bukit Beruang.

Semua ceramah akan dimulakan pada jam 9.00 malam dan seluruh rakyat negeri Melaka khasnya yang tinggal berdekatan dengan kawasan ceramah di jemput hadir.

Monday, June 28, 2010

CERAMAH PERDANA RUNGKAI MASALAH JUDI BOLA DAN ULAMA MUDA UMNO

Ceramah Perdana yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Bukit Baru malam esok jam 9 malam bakal merungkaikan banyak isu khususnya isu judi bola dan isu ulama' muda Umno selain dari isu APCO, Gaza dan lain-lain.

Ceramah yang akan menampilkan Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub bakal menggegarkan negeri Melaka khsususnya DUN Bukit Baru.

Program ini akan dihangatkan dengan kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS iaitu Ustaz Nasruddin Tantawi akan bercakap khususnya melibatkan isu judi bola yang menjadi agenda Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ).

Adalah diharapkan seluruh rakyat Melaka khususnya yang tinggal di parlimen Bukit Katil dapat hadir pada ceramah ini.

Wednesday, June 23, 2010

CERAMAH DAN HI - TEA BERSAMA YB SALAHUDDIN 29 JUN


Jamuan Hi-Tea Nasi beriani juga akan diadakan pada 29 Jun di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Baru bermula jam 5.00 - 7.00 petang. Kad derma RM10.00 untuk tabung MTD Bukit Baru boleh diperolehi dengan menghubungi 019-682 1318.

Tuesday, June 22, 2010

PROGRAM AURA PULUT KUNING SAMBUT UNIT AMAL TEMERLOH BERJAYA


Program Aura Pulut Kuning sempena lawatan muhibbah Unit Amal Temerloh ke Melaka berjaya mencapai matlamatnya apabila ianya disambut dengan meriah.

Seramai 30 orang anggota Unit Amal Kawasan Temerloh telah berkonvoi dari Temerloh pada jam 4.00 petang dan sampai di Melaka kira-kira jam 8.00 malam Jumaat lalu. Mereka telah menginap di sebuah chalet di Tg Bidara, Masjid Tanah.

Manakala pagi Sabtu lalu, mereka diraikan oleh PAS Kawasan Bukit Katil serta MTD Bukit Baru dan Ayer Molek. Program bermula pada jam 10.30 pagi apabila mereka berkonvoi dari Tanjung Bidara menghala ke Taman Saujana Bukit Katil. Mereka sampai di Taman Saujana kira-kira jam 11.40 pagi dan disambut meriah oleh penduduk setempat bersama-sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek; Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin dan ADUN Ayer Keroh YB Khoo Poay Tiong.

Majlis perasmian program tersebut bermula dengan ucapan Shamsul diikuti oleh YB Khoo dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Kamaruddin Sidek. Dalam ucapannya Ustaz Kamaruddin mengalu-alu lawatan muhibbah Unit Amal Temerloh serta menyatakan rasa bangga di atas kesudian mereka mengunjungi Melaka dan menjadi tetamu PAS khususnya PAS Kawasan Bukit Katil, MTD Bukit Baru dan MTD Ayer Molek.

"PAS sentiasa menjalan dan menggalakkan program rekreasi dan riadah seperti konvoi, sukan, kerja amal dan lain-lain dalam usaha untuk mendekati anak-anak muda serta berusaha untuk mendidik anak muda menjadi insan berguna dan bebas dari maksiat dan kerja sia-sia".

"Usaha Unit Amal Temerloh ini wajar dicontohi oleh semua Unit Amal dan Dewan Pemuda di seluruh negara khususnya Melaka" tegas Ustaz Kamaruddin.

Ustaz Kamaruddin juga menyampaikan cenderahati dari PAS Kawasan Bukit Katil kepada ketua kontinjen konvoi Unit Amal Temerloh di akhir program perasmian tersebut.

Jamuan pulut kuning disediakan kepada anggota konvoi dan para tetamu yang hadir pada program tersebut. Seterusnya anggota konvoi telah bergerak beramai-ramai ke DUN Ayer Molek dengan membawa bendera PAS, PKR dan DAP untuk program gotong royong di sekitar DUN Ayer Molek.

Pengarah Program Aura Pulut Kuning MTD Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya selepas program itu melahirkan rasa bangga dan syukur di atas kejayaan program yang disifatkan julung-julung kali diadakan di Taman Saujana yang terletak di dalam Peti Undi Taman Tun Rahah.

"Tidak syak lagi program ini akan dapat menyemarakkan semangat juang petugas dan penyokong PAS setempat dalam usaha untuk mendekati masyarakat dan penguundi menjelang pilihanraya umum yang mungkin berlangsung dalam masa terdekat". kata Cikgu Yusof.

Saturday, June 19, 2010

PAS 'TAWAN' UPU TAMAN TUN RAHAH

PAS 'tawan' Peti Undi Taman Tun Rahah apabila berjaya mengadakan program Aura Pulut Kuning sempena perasmian Program Gotong Royong DUN Bukit Baru hari ini. Majlis gotong royong sempena kunjungan hormat Unit Amal dari Temerloh disifatkan amat berjaya kerana ianya berjaya menghimpun para penyokong dan penduduk setempat berganding baru menjayakannya.

Penyelia DUN Bukit Baru, Cikgu Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini menyifatkan program tersebut sebagai menandakan bermula gerakerja pilihanraya secara agresif dan konsisten di Peti Undi Taman Tun Rahah dan DUN Bukit Baru.

Selepas ini beberapa lagi program akan disusun di DUN ini termasuk Ceramah Perdana Gerakan Mansuhkan Judi pada 29 Jun yang menampilkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan dan Ketua Pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San.

"Insya Allah program akan kita aturkan dari masa ke semasa bagi mendekati dan memenangi hati rakyat" ujar Cikgu Yusof.

Friday, June 18, 2010

UMNO NAK TUTUP PEJABAT PAS CAWANGAN BUKIT BARU

‘Kerja senang tutup markas PAS ini pun engkau tak boleh buat’ itu antara kata-kata pembesar negeri ini kepada orang suruhannya ketika pembesar tersebut melawat seorang rakyatnya yang meninggal dunia semalam.

Merah padam muka orang suruhannya malu kerana dimarahi dikhalayak ramai. Memang tidak beradab betul pembesar tersebut.

Lantas orang suruhannya pergi berjumpa dengan penjagan Pejabat PAS Cawangan Bukit Baru yang bernama Ibrahim Daud atau lebih mesra dipanggil Imam Ibrahim.

“Saya harap Imam dapat tutup pejabat tu, ‘Datuk’ A&% (Pembesar tu) minta saya tutupkan markaz itu” kata Orang suruhan itu.

“Aku takkan tutupkan Markaz tu, terpulang pada engkau kalau nak bom, bakau atau sodok markaz tu, Aku takkan tutupkan” itu jawapan Imam Ibrahim kepada Orang Suruhan tu.

‘Menonong’ Orang suruhan itu meninggalkan Imam Ibrahim.

Wednesday, May 26, 2010

DEKATI RAKYAT

MTD Bukit Baru terus mengadakan program mendekati rakyat dan menyelami permasalahan yang mereka hadapi.

Satu program besar-besaran mendekati rakyat akan dilaksanakan tidak lama lagi. Program bercorak kemasyarakatan ini akan melibatkan kira-kira 80 orang pemuda dari pasukan unit amal.

Pelbagai program akan diadakan. Oleh itu seluruh jentera UPU diminta bersedia untuk melaksanakan program yang besar ini.

Tuesday, May 25, 2010

PEKAN BUKIT BARU MESTI DIBANGUNKAN MENJADI BANDAR BARU

Namanya Bukit BARU tetapi bangunan banyak yang BURUK dan USANG. Inilah nasih Pekan Bukit Baru yang sehingga ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pekan-pekan lain.

Walaupun banyak kemudahan yang terdapat di sini seperti bank, hospital, masjid, pejabat kerajaan tetapi bangunan-banguna usang dan buruk masih tersergam mencacatkan pandangan kita.

Adalah diharapkan kerajaan dapat mengatasi masalah ini dengan segera. Pembukaan jalan baru menghubungkan Bukit Pulau/Bukit Pulau dengan jalan Semabok-Bukit Katil menyebabkan kawasan Pekan ini bertambah sibuk. Jadi sudah sampai masanya Pekan ini dinaik taraf menjadi bandar baru yang lengkap dengan kemudahan asas dan komersial.

Monday, May 24, 2010

PEKAN BUKIT BARU MASIH KETINGGALAN

Pekan Bukit Baru masih ketinggalan dari segi pembangunan walaupun lokasinya tidak jauh dari Bandar Melaka.

Deretan kedai papan yang buruk dan mencacatkan mata memandang masih menghiasi pekan ini. Begitu juga dengan bangunan-bangunan lama dan rumah pangsa yang tidak kemas dan berserabut.

Diharapkan pihak tertentu dapat mengambil perhatian terhadap isu ini.

Seorang penduduk Bukit Baru, Ismail Yon berkata Pekan ini adalah antara pekan lama yang ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan lain.

"Bangunan-bangunan kayu yang usang masih ada dan tidak diperbaiki, ini sedikit sebanyak mencacatkan pandangan pekan ini yang menjadi laluan alternatif untuk pengguna ke kawasan Bukit Katil, lebuh raya dan lain-lain" kata beliau.

LAWATAN KE 3 UPU BERJAYA

Lawatan ke 3 buah UPU semalam 23 Mei 2010 disifatkan amat berjaya apabila berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Walaupun objektif sebenar masih jauh namun usaha yang dijalankan semalam boleh dikatakan mencapai target yang disasarkan oleh MTD sendiri.

Pada Program semalam Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) yang diketuai oleh Hajah Aziah Saad telah turun sendiri memantau gerakerja yang dilakukan oleh 25 orang petugas MTD. Selain Aziah, JPN juga diwakili oleh AJKnya, Haji Yassim Musa.

Diharapkan pihak UPU akan meneruskan gerakerja tersebut dari masa ke semasa bagi mencapai target yang diharapkan.

Thursday, March 25, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS TINDAKAN BUKIT BARU

Blog MTD Bukit Baru ini disediakan bagi memberikan maklumat kepada semua penduduk Bukit Baru tentang apa juga perkembangan di dalam DUN khasnya berkaitan isu-isu semasa dan program-program yang kita jalankan.
Segala makluman dan feedback boleh diemailkan kepada penjana@gmail.com